wah dan oh? kamu mahu merempit lagi? mahu membuat persatuan merempit yang tegar? atau mahu menubuhkan kesatuan kejahatan sedunia? merempit seluruh negara?

adakah ini balasannya kamu lahir di dunia ini? adakah kamu hanya mahu main-main di atas dunia ini? bukan sekadar nak cakap cuma mengikuti perkembangan dunia merempit yang begitu sinonim dengan remaja masa kini.

merempit dan terus merempit setiap hari. tidak kira masa. jika sekiranya kerempitan kamu itu adalah sesuatu yang tegar, apakah kamu mahu mendapat nama sebaris dengan mereka yang ternama sebagai manusia yang sukar diuruskan? kenapa begitu sukar menguruskan manusia yang begitu asyik merempit dengan aksi rempit yang entah apa-apa itu? apakah hasilnya lumayan dan berbaloi dengan apa yang kamu lakukan.

merempitlah kamu. beraksi rempitlah kamu. merempitlah setiap masa. namun kenapa perlu menyusahkan orang lain?

eh, kan dah ada yang merempit dengan payung terjun di kutub utara. mereka memilih destinasi pelancongan yang cukup bermanfaat dan berguna kepada diri mereka.

apa kelas merempit di jalan raya semata-mata?

jom kita saksikan video panas aksi merempit mereka yang dikatakan mat rempit yang cukup tegar dengan kerenah rempit mereka itu. apakah tidak ada jalan untuk kembali…? :twisted:

relaku rempit… biarpun tersepit…