Negara digemparkan lagi dengan kes pembunuhan yang kejam. ramai yang marah dan teremosi dengan kehilangan nurin jazlin yang berakhir dengan kematian tragisnya itu.

moga-moga pembunuh nurin jazlin ditangkap dengan segera. tangkap dan siksa dia cukup-cukup sebagaimana terseksanya nurin jazlin selama sebulan tidak ditemui itu. betapa siksanya tatkala berada dalam genggaman penjenayah terbabit. suka hati dia aje nak buat apa sahaja yang dia suka.

apakah pembunuh tersebut terlalu asyik dengan nostalgia kanak-kanaknya itu? betapa kita marah sekalipun, nurin jazlin telah tiada lagi, dan agenda seterusnya adalah terus berdoa dan berusaha agar penjenayah tersebut dapat ditangkap.

marilah kita berdoa dan terus berdoa memohon kepada Allah S.W.T secara berterusan agar diberikan jalan dan petunjuk sehingga tertangkapnya penjenayah terbabit.

cara yang kebiasaannya yang boleh dilakukan adalah solat hajat agar pembunuh tersebut akan dengan rela hatinya menyerah diri untuk menerima hukuman. solat hajat ini dah tentu boleh dilakukan beramai-ramai dan juga secara perseorangan.

marilah kita bermula sekarang secara berterusan setiap hari…

sekian terima kasih.

p/s : kalo nak dakwa atas kecuaian ibubapa nurin jazlin sekalipun, biarlah selepas dapat tangkap pembunuh terkejam itu terlebih dahulu.

apakah kes nurin jazlin ini dikategorikan sebagai cuai???????Â