cabaran telur bakar?

Maka alikisahnya sekali lagi saya ingin memeriahkan suasana ramadhan dan juga bazaar ramadhan dengan resepi telur goreng seberkas. Juga resepi tambahan dari telur bakar seberkas. Tambahan resepi lagi dengan telur rebus seberkas juga. Ada yang nak tambah lagi dengan telur rebus masak separuh.

Namun demikian itu adalah idea semata-mata dan belum ramai lagi yang mengaplikasikan cerita telur goreng dalam satu bekas. Siapa nak jual? Untungnya bagaimana? Kalo di restoran boleh laa kita buat order untuk makan berbuka atau bersahur… ada memang ada tetapi tidak begitu menjadi sebutan..

Waiter! Telur goreng semangkuk! Tambahan dengan telur bakar untuk bawak pulang buat bersahur…

Cerita yang cukup menarik sekali kali ini yang berkaitan dengan telur bakar? Kalo dah tak boleh nak rebus kita bakar aje telur tu… kalo takleh nak goreng dah tentu kita kena bakar jugak telur tersebut… nak rebus takleh, nak goreng takleh… maka jawabnya jadilah ia telur bakar..

Anda bagaimana? Mahu mencuba bisness menarik untuk bazaar ramadhan anda? Mungkin pada peringkat permulaan nampak janggal sedikit. Namun setelah sekian lama berniaga dah tentu hasilnya tetap berjalan lancar seperti peniaga-peniaga lain.

Berapa banyak gerai telur bakar yang anda boleh buka? Kalo sepuluh gerai dengan jualan rm300 sehari sahaja. Berapa banyak untung anda dapat dalam seminggu? Hanya dengan menjual telur sahaja. Telur baker dan telur goreng?

Pemborong telur tentu gembira sakan untuk menaikkan harga telur kalo dah laris macam pisang yang digoreng panas2…

Sekian terima kasih.

p/s : maaf cabaran saya takder hadiah untuk mencari telur bakar di bazar ramadhan sebagaimana sebol yang dah tak berapa betul, dia nak hadiahkan RM 50 kepada sesiapa yang tangkap gambar telur goreng di Pasar Ramadhan

cerita lanjut berkaitan telur goreng anda boleh jenguk di blog chot dan sishoney