mempromosikan pelancongan angkasa? | angkasawan malaysia?
Pastikan kesinambungan program angkasawan
Saat angkasawan malaysia berlepas ke ISS dengan soyuz TMA 11.
Dr sheikh muszaphar selamat pulang ke bumi selepas membawa misi ke angkasa lepas di ISS baru-baru ini.
========================================================
WALAU apa pun perspektif pelbagai golongan masyarakat terhadap program angkasawan kebangsaan, ia tetap terlaksana menjelang 10 Oktober ini apabila angkasawan negara yang terpilih berlepas ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) dengan penerbangan kenderaan pelancar Soyuz.
Perkara terbaik yang patut difikirkan adalah mengenai kesinambungan program tersebut sekembalinya angkasawan berkenaan dari stesen angkasa itu nanti. Apakah tugas dan peranan yang patut dimainkan oleh angkasawan kita bagi memberi faedah kepada rakyat Malaysia dan juga dunia?
Tentulah tidak memadai jika aktiviti yang akan dilakukan oleh angkasawan itu kelak hanyalah sekadar melawat ke sekolah-sekolah dan pusat-pusat pengajian dan menyampaikan ceramah berkenaan pengalamannya selama seminggu di ISS. Ini kerana semua maklumat tersebut boleh didapati dengan mudah di zaman kecanggihan teknologi multimedia pada hari ini.
Walaupun kita mengharapkan cerita pengalaman angkasawan kita itu akan menjadi pendorong yang efektif kepada pelajar agar meminati bidang sains dan teknologi, namun keberkesanannya bergantung kepada individu itu sendiri dan juga minat kerajaan untuk mengembangkan teknologi berkaitan aeroangkasa.
Maka perlulah difikirkan satu aktiviti paling sesuai yang patut dilakukan oleh angkasawan kita agar pengamalannya benar-benar menguntungkan rakyat dan kerajaan kita, serta memadai segala perbelanjaan, masa dan tenaga yang telah disumbangkan oleh pelbagai pihak termasuk kerajaan, media dan sebagainya.
Kita mahu angkasawan kita menjadi individu yang mampu memberi semangat kepada orang lain ke arah meningkatkan kemampuan negara kita dalam bidang yang berkaitan dengan aeroangkasa. Populariti angkasawan kita tidak boleh disamakan dengan populariti kumpulan artis di negara kita.
Apabila menceritakan pengalamannya, angkasawan kita perlu mampu membuat pendengarnya turut berpeluang merasai pengalaman berada di angkasa. Beliau perlu memberikan jawapan yang praktikal terhadap peluang orang ramai untuk menjadi angkasawan sepertinya. Beliau perlu menjelaskan bahawa suatu sistem pengangkutan angkasa yang ekonomik dan bersifat komersial perlu dibangunkan bagi membolehkan seramai mungkin orang awam berpeluang pergi ke angkasa dan merasai pengalaman sebagai angkasawan negara.
Cabaran bagi membangunkan teknologi kenderaan angkasa yang boleh membawa orang awam pada kos yang rendah inilah yang sebenarnya akan mempromosikan bidang sains dan teknologi serta menggalakkan pelajar meminati bidang fizik dan kejuruteraan. Bagi mewujudkan kos operasi kenderaan yang rendah, pasaran yang besar perlu diwujudkan.
Angkasawan kita sendiri sedar bahawa pengalaman berada di angkasa adalah suatu yang tidak dapat digambarkan dan amat menyeronokkan, maka ramai yang ingin merasainya. Oleh kerana orang awam ini mahu ke angkasa semata-mata untuk merasai pengalaman berada di angkasa, maka sebenarnya orang awam ini mahu melancong ke angkasa sebagai pelancong angkasa.
Inilah yang dikatakan industri pelancongan angkasa iaitu aktiviti ekonomi melancong ke angkasa yang bakal mewujudkan pasaran yang besar sehingga membolehkan kos penerbangan ke angkasa direndahkan ke tahap komersial. Oleh itu, tanpa dirancang, angkasawan kita akan mempromosikan pelancongan angkasa.
Maka aktiviti paling praktikal dilakukannya adalah mempromosikan idea pelancongan angkasa terutamanya yang berkaitan membangunkan teknologi pengangkutan awam angkasa. Di Amerika Syarikat (AS), Virgin Galactic telah mula menerima tempahan ke angkasa lepas dengan harga AS$200,000 menggunakan pesawat SpaceShipTwo yang bakal membawa penumpang seawal 2008.
Di Malaysia, usaha mempromosi pelancongan angkasa telah lebih setahun diusahakan oleh Space Tourism Society Malaysia Chapter sehinggakan organisasi ini telah dikenali di peringkat antarabangsa. Cawangan Space Tourism Society di Malaysia telah ditubuhkan pada Julai 2006 dan operasinya sehingga hari ini telah ditaja oleh Institut Kajian Aero dan Angkasa Malaysia (IKAM), sebuah badan sukarela yang mempromosikan kajian aero dan angkasa di Malaysia, terutamanya teknologi yang berkaitan pesawat penumpang suborbital.
IKAM telah ditubuhkan pada Februari 2000, dan semenjak itu telah berusaha mempromosikan pelancongan angkasa di negara kita. Mereka telah bekerjasama dengan kerajaan negeri Perak bagi menjadikan lapangan terbang Ipoh sebuah hab pelancaran suborbital ke angkasa lepas.
Program angkasawan kebangsaan sebenar boleh memberi sumbangan yang besar kepada aktiviti pelancongan angkasa di negara kita. Oleh itu adalah wajar sekiranya kerajaan mempertimbangkan untuk memfokuskan aktiviti seterusnya bagi membangunkan sistem pengangkutan angkasa awam sebagai penerusan atau penyambungan program angkasawan negara.
Sebagai permulaan, kerajaan perlu memfokuskan kepada pembangunan pesawat penumpang suborbital kerana inilah teknologi pengangkutan angkasa yang paling murah dan mudah. Bahkan di negara-negara maju seperti United Kingdom dan AS, ia hanyalah dibangunkan oleh syarikat swasta sahaja.
* Dr. Mohd. Roshdi Hassan adalah kakitangan Universiti Putra Malaysia yang bertugas di Rolls Royce UTC University of Sheffield, UK.
sumber : utusan malaysia online
=====================================================
Kepada yang mempunyai cita-cita untuk menjadi angkasawan malaysia jangan sekali-kali hanya untuk ke angkasa lepas untuk melancong ke angkasa semata-mata. Jadilah angkasawan yang sebenar.
Misi ke angkasa lepas oleh Dr sheikh muszapahar adalah sebagai langkah pertama ke arah itu. Astronaut atau cosmonaut.
Sekian terima kasih.






November 7th, 2007 at 6:00 pm
korang nak jana pendapatan RM300,000 dgn hanya perlu bayar RM20 layarilaman web ni http://www.matawang.com/?id=lubukduit