resort serai de Lanjut?
Serai Di Lanjut mempunyai tarikannya tersendiri. Percutian yang menarik.
Ruang legar tempat makan-makan.
Sekiranya anda mahu berehat seketika dari berjalan-jalan sana sini anda boleh dapatkan permainan bola kayu yang mendapat perhatian ramai tatkala berkunjung ke sana.
Jadi, sediakan bajet yang secukupnya untuk memberikan peluang kerehatan minda yang maksima kepada diri anda. Jangan biarkan diri anda terbelenggu dengan kekusutan yang entah apa-apa. Bercutilah…
Jangan lupa kepada mana-mana majikan, berikan cuti dan rehat yang santai kepada pekerja anda agar produktiviti kerja mereka terus meningkat.
Jika mahu bawalah keluarga anda ke sana dengan pakej yang menarik atau boleh hubungi mana-mana ejen pelancongan berdekatan dengan anda.
==================================================
Pantai sejauh 3.5 kilometer menghadap Laut China Selatan pukau pengunjung
ROMPIN yang dulunya hanya sebuah daerah pedalaman, kini mengorak langkah sebagai antara destinasi pelancongan terkemuka dunia.
Semuanya disebabkan usaha mempertingkatkan prasarana pelancongan dan promosi yang semakin hebat untuk daerah yang terkenal dengan udang galah dan sukan rekreasinya yang diiktiraf bertaraf dunia.
�Pengunjung domestik dan antarabangsa turut memancing ikan laut dalam dengan pilihan ikan layar, marlin, bayan, tenggiri, kerapu, pari dan jemuduk. Kami menyediakan tukang masak untuk menyediakan hidangan lauk segar daripada ikan yang mereka pancing,� katanya.
Tidak sekadar kemudahan resorts dan golf bertaraf dunia, Rompin turut terkenal dengan udang galahnya yang diperoleh dari Sungai Rompin yang mempunyai anak Sungai Sawak, Sungai Sarawak, Sungai Puteri dan Sungai Keratong yang menjadi lubuk udang galah.
Sungai yang berhulukan Kampung Aur di Keratong mengalir melalui 17 kampung tradisional termasuk enam kampung Orang Asli Kampung Gadak, Kedaik, Tamai, Kerapai, Jemeri dan Merliman.
Kegiatan memancing udang galah di Sungai Rompin sudah menjadi kegilaan pemancing dari serata tempat sama ada datang membawa bot atau menyewanya daripada penduduk tempatan yang turut menyediakan perkhidmatan itu.
Perkhidmatan yang sama disediakan Serai di Lanjut melalui penyediaan perkhidmatan bot, penginapan, alat memancing, umpan, sarapan, serta pemandu bot berpengalaman untuk membawa pemancing ke lubuk udang galah.
Untuk keterangan lanjut hubungi Serai di Lanjut menerusi talian 09-4145113 atau e-mail pejabat jualan sales_lanjut@saujana.com.my atau melayari laman web: www.seraidilanjut.com.my
Bagaimana ke sana?
Pelancong dari Lembah Klang boleh mengikuti Jalan Kuala Pilah-Batu Kikir dan Bandar Muadzam Shah sejauh 278 kilometer.
Jika dari arah selatan, mereka boleh melalui Jalan Kota Tinggi-Mersing ke Kuala Rompin.
sumber berita : berita harian online.
========================================================
Kalo dah berkira-kira nak kuarkan bajet percutian untuk pakej yang berpatutan anda boleh dapatkannya dengan segera jika anda berhajat untuk meninjau destinasi tarikan pelancong di malaysia ini. seharian atau semingguan bekerja takkan tak boleh nak rehatkan minda bersantai dengan keluarga meringankan beban tanggungan kerja yang semakin menimbun. rehatlah seketika dengan bercuti agar dapat menjana idea perniagaan yang lebih berkesan…
pakej percutian berpatutan yang anda boleh miliki :








April 24th, 2008 at 8:30 am
ada pekej atau tidak di sini?