Undi apa…? Undi apa…? Undi apa…? Undi apa…? Undi apa…?Undi apa…?

Undi pilihan raya ke?

Eh bukan undi pilihan raya daa… undi mawi, undi dafi atau undi peserta akademi fantasia. Mari mawi  AF mengundi…

Bila nak mengundi? Bila nak start pilihan raya umum?

Eh bukan pilihan raya umum laaa… radio era pilihan ramai.

Jom kita mengundi…

Pilihan yang telah dicari itu mestilah bersesuaian dengan apa yang kita kehendaki masa kini. Nak buat pilihan jodoh ke… nak buat pilihan baju raya ke… nak buat pilihan biskut raya 2008 ke… atau membuat pilihan raya umum yang akan dijangka pada bulan november nanti?

Pilihan anda adalah terpulang kepada diri anda sendiri.

Namun pilihan yang tepat tidak selalunya menggembirakan sesiapa yang mahu membuat undian secara rawak terlebih dahulu melalui peti undi yang telah disediakan oleh penganjur program angkasawan malaysia yang popular masa kini.

Apa kes dengan program angkasawan malaysia? Sudah tentu pilihan antara ramai-ramai hanya seorang dua sahaja yang akan ke angkasa lepas. Dan mereka bukan peserta yang diundi melalui sms atau melalui pilihan raya umum atau mereka yang diajak untuk datang mengundi setiap kali pilihan raya yang akan datang berkunjung menjelang november nanti… bila nak umum… umum kepada umum cepat-cepat laaa…

Dan pilihan raya anda bukan suatu pembaziran atau apa-apa yang membazir yang tidak perlu untuk masa depan negara. Maka pilihan anda adalah hak anda…

Ia pilihan saya untuk cari duit raya dan mari kita mengundi…
Harapannya semoga anda dapat membuat undian dengan jayanya samada nak mengundi mawi, atau dafi atau peserta akademi fantasia yang terkini…

eh tak faham apa yang saya tulis? takpe laa lain kali saya ceritakan dengan panjang lebar lagi..

sekian terima kasih.