TIPU-TIPU asyik kena TIPU-TIPU je?

skim cepat kaya? berapa banyak modal diperlukan untuk membangunkan software dan membuat akaun yang berbilang-bilang atas nama yang sama?

cara mudah dan canggih dengan cara menggunakan internet. memang canggih sungguh skim cepat kaya masa kini.

cepat dapat cepat lenyap. easy come easy go! bye-bye scam rich!

pembongkaran skim cepat kaya. download.

internet scam malaysia. download.

kenapa anda perlukan skim cepat kaya?

Skim apa?

Skim apa?

Skim apa?

Skim cepat kaya…

Skim apa?

Skim apa?

Skim apa?

Skim cepat kaya pakcik…

Skim apa?

Skim bantuan kebajikan masyarakat laaaaaa….!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Kenapa tu…? Kenapa tu…? Kenapa tu…?

Kena tipuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu…..!

Usah lagi tertipu dengan skim pelaburan haram & skim cepat kaya di internet!
Ketahui! Kaedah membuat duit di internet yang sebenar!

Bagaimana mereka menjana pandapatan melalui skim cepat kaya tersebut? Anda tentunya mahu tahu dan ingin benar mengetahui bagaimana dengan mudahnya anda kena tipu dan diperdayakan dengan begitu senang sekali… memang cukup senang cara nak menipu mengikut rentak dan teknik terembunyi yang anda tidak tahu… dan tidak mengerti bagaimana cara sebenar yang telah mereka lakukan dan merekacipta teknik yang berbaloi bagi mereka mengaut keuntungan yang lumayan dengan cara penipuan yang licik itu…

Usah lagi terpedaya….

Kepada rakan yang dikasihi..

Pada 12 April 2007 yang lalu, majlis fatwa kebangsaan telah sebulat suara memutuskan, bahawa pelaburan internet adalah haram di sisi agama islam. Kenyataan ini telah serba sedikit menggembirakan saya, kerana sejak dahulu lagi telah saya ketahui, skim-skim pelaburan yang dijalankan di internet ini sebenarnya adalah merupakan skim ponzi alaf baru yang hanya bertujuan untuk menipu masyarakat yang sememangnya terlalu mudah percaya dengan angan-angan untuk menjadi kaya dengan cepat.

Pengharaman tersebut juga telah serba sedikit menyedarkan beberapa pihak yang telah terjebak ke dalam perangkap skim pelaburan tipu tersebut untuk cepat-cepat kembali ke jalan yang betul dan mengeluarkan diri mereka dari terus hanyut dan menjadi barua kepada komplot penipuan tersebut.

Ditambah pula dengan liputan-liputan serta pendedahan yang dilakukan oleh pihak media, maka, semakin ramailah masyarakat yang tersedar dan mula berhati-hati dengan peluang-peluang membuat duit melalui inernet ini.

Namun begitu, sesuatu yang sedikit mengecewakan. Ramai masyarakat yang terkeliru dengan istilah PELABURAN INTERNET dengan PERNIAGAAN INTERNET. Pada mereka, apa-apa sahaja perkara yang berkaitan dengan “Buat Duit di Internet” adalah tipu dan tidak boleh dipercayai. Lebih menyedihkan lagi, bukan masyarakat biasa sahaja yang terkeliru dengan 2 perkara ini, malah pihak-pihak yang dianggap sebagai pihak yang handal ICT, seperti Pusat Keselamatan Siber Malaysia juga turut terkeliru mengenainya.

Membuat duit atau menghasilkan pendapatan melalui internet sebenarnya bukanlah sesuatu yang mustahil. Malah terdapat ramai individu-individu di dunia amnya dan di Malaysia khususnya, telah berjaya menghasilkan duit yang banyak menerusi internet. Antara nama yang paling dikenali ramai adalah Dr. Irfan Khairi . Beliau, telah berjaya menjadi jutawan dengan hanya menjalankan perniagaan di internet…. diulangi.. PERNIAGAAN INTERNET…. atau perlukah saya mengejakannya? P . E . R . N . I . A . G . A . A . N … bunyinya apa?… PERNIAGAAN … (pandainyeeeee~~~ anak sapa ni~~?)

Untuk memberikan lebih kefahaman tentang “KAEDAH-KAEDAH SEBENAR BUAT DUIT DI INTERNET ” , izinkan saya menjelaskannya kepada anda. Diharapkan anda dapat melapangkan dada dan mengosongkan fikiran anda terlebih dahulu dari segala tanggapan-tanggapan serta cerita-cerita yang pernah anda dengar sebelum ini tentang “BUAT DUIT DI INTERNET”.

Ketahui pembongkaran Dalang Skim Cepat Kaya