visit terengganu 2008.
apa yang istimewanya terengganu untuk 2008? anda boleh mendapatkan maklumat lanjut sebagaimana berikut. petikan dari berita harian…
=========================================
Tarian Rodat, Ulik Mayang serta kehalusan songket tenun dan batik warnai keindahan Terengganu
RODAT adalah seni persembahan tarian dan nyanyian warisan Terengganu. Seni persembahan unik ini hanya ada di negeri itu yang sering dipersembahkan secara terbuka untuk majlis keraian atau pesta khususnya di luar bandar.
Persembahannya membabitkan penari lelaki atau dikenali sebagai pelenggok, pemukul gendang atau tar (pengadi) dan penari wanita (mak inang) yang menampilkan empat gabungan posisi gerakan badan iaitu berdiri-berlutut-duduk-berpusing, diiringi dengan rentak dan alunan muzik dihasilkan gendang tar atau kompang temborin.
Rodat dipercayai berasal daripada singkatan `Hadrat Baghdad’ yang menjadi sebahagian bentuk seni persembahan hadrah atau berzanji. Ia adalah tradisi dan budaya Islam yang berasal dari Timur Tengah.
Pengarah Akademi Seni Terengganu (Aseni), Mohd Noor Yusof, berkata rodat dibawa masuk ke Tanah Melayu pada 1900 melalui Pulau Sambas di Indonesia.
Buletin Warisan terbitan Mac 1979 mencatatkan pedagang dari Sambas dan Pontianak datang ke Terengganu untuk membeli budu, songket serta perkakas tenunan dengan perahu besar pada awal abad ke-19.
=====================================
Selain kaya dengan kebudayan unik, Terengganu juga sinonim dengan penghasilan kraf seperti songket dan batik.
Antara pengusaha songket yang mendapat tempat di hati peminat dari dalam dan luar negara ialah pemilik Terengganu Songket, Zainab @ Ngah Mamat, 65 yang beroperasi di rumahnya di Kampung Bukit Depu, Jalan Pasir Panjang, Kuala Terengganu.
Tokoh Kraf Negara 2002 itu mewarisi bakat membuat songket daripada arwah nenek dan ibunya serta mampu menghasilkan songket seawal usia 12 tahun.
Zainab yang mempunyai 50 pekerja sambilan dan enam pekerja tetap gemar menghasilkan songket bermotifkan alam semula jadi seperti bunga, tumbuhan dan buah-buahan. Songket yang dijual berharga antara RM35 dan RM15,000 yang mempunyai tiga ukuran lebar iaitu dua meter, 2.25 meter dan 2.5 meter, manakala labuh sama ada 30 inci, 37 inci dan 42 inci.
Harga sehelai songket bergantung pada jenis benang sama ada kapas atau sutera, corak, bunga dan tempoh masa menghasilkannya. Contoh songket berharga RM15,000 yang ditempah pemimpin negara memerlukan masa tujuh bulan untuk disiapkan.
Katanya, songket berharga RM500 dan ke bawah menjadi pilihan pembeli, manakala orang kenamaan yang mementingkan kualiti tidak berkira untuk memilih songket bernilai ribuan ringgit.
Batik juga mengalami perkembangan mengikut peredaran zaman dan cita rasa pemakainya. Jika dulu batik hanya terhad pada batik yang dicop atau dilukis tangan atas kain fuji atau kapas, namun sejak 1992, batik mengalami perubahan apabila kain sutera dari China menambah fabrik sedia ada.
Pengarah Imbasan Damai Batik Sdn Bhd, Fauziah Yahya, 50, mengakui batik memerlukan sentuhan kreatif bagi menghasilkan corak eksklusif dan terbaru yang membuatkannya sentiasa hidup atau ‘evergreen’ walaupun berusia lebih 10 tahun.
petikan dari berita harian.
===================================================
kalo gitu meh kita ke sana menjenguk visit terengganu 2008. t’ganu kita laaa ….
jangan lupa dapatkan pakej pelancongan menarik yang tersedia.
sekian terima kasih…






February 24th, 2008 at 2:32 pm
tolong dapatkan pakej2 pulau yang terdapat di terengganu. pulau kapas, pulau redang