gambar_182_bharian.jpg

TANDA INGATAN: Seorang lelaki membaca doa di kawasan perkuburan di Rantau Panjang yang masih digenangi air sempena sambutan Aidiladha, semalam.

=====================

gambar_181_bharian.jpg

Banjir tak halang persiapan sambut Aidiladha: MANGSA banjir di pusat pemindahan di dewan orang ramai Kampung Tanjung Piring, Padang Terap, Kedah bergotong-royong membuat ketupat bagi menyambut Aidiladha. Daerah Padang Terap paling teruk terjejas dengan 903 orang daripada 200 keluarga dipindahkan, Sik (578 mangsa daripada 113 keluarga), manakala di Kubang Pasu (578 mangsa daripada 113 keluarga). Sementara itu, Pengarah Jabatan Pengaliran dan Saliran (JPS) Kedah, Mohd Abdul Nassir Bidin, berkata limpahan air dari Sungai Padang Terap juga sudah mengalir ke Sungai Anak Bukit menyebabkan mangsa banjir di daerah Kubang Pasu turut meningkat.

=================================

gambar_180.jpg

BERKORBAN APA SAJA: Penduduk Kampung Semangat, Kuantan menggunakan bot mengangkut lembu ke pusat pemindahan banjir untuk ibadat korban.

================================

gambar_178.jpg

LANGKAH TERAKHIR: Pesawat C-130 yang membawa muatan bekalan makanan menggugurkan makanan menggunakan payung terjun di kawasan lapang di Pantai Lagenda Golf Resort di Kuala Pahang, Pekan semalam. Gambar kecil, anggota tentera membuka bekalan makanan untuk diagihkan kepada mangsa banjir.

=============================

gambar_177.jpg

MENYEMBAH BUMI: Saudah Mamat (kiri) menunjukkan keadaan rumahnya yang musnah akibat dihanyutkan arus deras di Kampung Kedai Buluh dekat Kuala Besar, Kota Bharu, awal pagi semalam.

====================================

gambar_176.jpg

KEPERLUAN: Bekalan gas Petronas dihantar dengan bot polis ke Pekan, semalam.

===============================

gambar_174.jpg

AGIH BANTUAN: Ahli Dewan Undangan Negeri Gual Periok, Datuk Shaari Mat Husin (kiri) menyampaikan bantuan banjir kepada mangsa banjir di Pusat Pemindahan Banjir Sekolah Kebangsaan Tok Deh, semalam.

==============================

gambar_173.jpg

SUMBANG BAKTI: Askar mengangkat makanan dari helikopter Nuri Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang membuat penerbangan ihsan kepada mangsa banjir di Sekolah Menengah Sains Sultan Haji Ahmad Shah, Pekan, Pahang, semalam.

=================================

gambar_172.jpg

BANJIR KILAT: Hujan lebat kira-kira dua jam di Johor Bahru, menyebabkan banjir kilat di Jalan Makmur 24, Taman Damai Jaya, semalam.

================================

gambar_171.jpg

TAK HIRAU BAHAYA: Jalan menuju pekan Rantau Panjang berhampiran Kompleks Imigresen dipenuhi pikap dan orang ramai yang berpesta air ketika paras air semakin meningkat.

=================================

gambar_166.jpg

PEKAN MENTAKAB LUMPUH: HUJAN lebat beberapa hari lalu yang melanda negeri Pantai Timur dan Johor menyebabkan pekan Mentakab, Pahang ditenggelami banjir. Sehingga semalam, 22,143 daripada 5,496 keluarga masih berada di 204 pusat pemindahan di lapan daerah di negeri itu.

=================================

gambar_165.jpg

TENGGELAM: Beberapa pekerja Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Paloh Hinai meninjau keadaan banjir yang hampir menenggelamkan tingkat bawah bangunan sekolah itu.

================================

gambar_164.jpg

 

MANGSA BANJIR TEPERANGKAP DISELAMAT: SEORANG anggota penyelamat membantu mangsa banjir, Nadia Illias keluar dari rumahnya di Kampung Laut, Skudai, Johor apabila air naik terlalu cepat, malam tadi. Banjir di Johor semakin buruk apabila kira-kira lebih 5,000 orang di tiga daerah iaitu Segamat, Mersing dan Batu Pahat ditempatkan di lebih 50 pusat pemindahan. Daerah yang paling teruk dilanda banjir sehingga lewat malam tadi ialah Segamat dengan beberapa jalan di daerah itu terpaksa ditutup iaitu Jalan Sermin-Bukit Tempurung, Jalan Tungku Tiga-Kampung Tengah, Jalan Tumang-Simpang Loi, dan Jalan Kampung Jawa-Felda Medoi.

   

 

   

======================================

gambar_163.jpg

SIPUT LONJONG REZEKI MUSIM TENGKUJUH: MOHD Akmar Hassan (kiri) menunjukkan siput lonjong yang dicari bersama kawan-kawannya di pantai Tanjung Lumpur, Kuantan semalam. Musim tengkujuh dengan ombak besar yang melanda Pantai Timur menyebabkan banyak siput lonjong muncul di pasir pantai, sekali gus memberi rezeki kepada keluarga nelayan di Tanjung Lumpur.

==============================

gambar_161.jpg

SERBU PAMERAN: Orang ramai mengambil kesempatan melihat lebih dekat pesawat yang dipamerkan selepas Lima 2007 dibuka untuk orang ramai.

=====================

SEkian terima kasih.

sumber petikan adalah dari bharian secara online…