kaedah mokhdar matematik ringkas
saya sedang mencari blog yang berkaitan dengan kaedah mokhdar ini. nampaknya takder perbincangan yang serius berkenaan kaedah tersebut. saya juga ingin mendapatkan buku panduan kaedah mokhdar tersebut dari asas di pasaran. namun takder juga di pasaran terbuka.
ada baiknya buku panduan asas kaedah mokhdar berada di pasaran terbuka untuk bahgian asas untuk mengenali kaedah mokhdar. bukan sekadar gah di radio atau media elektronik semata-mata… selepas itu sepi. nampak sangat kesepiannya atau saya terlepas pandang. memang sukar nak dapatkannya di pasaran. sekurang-kurangnya dengan asas menggunakan tajuk “kenali kaedah mokhdar dari asas” supaya kewujudan buku tersebut terasa kehadirannya. tak gitu…?
maka buku2 panduan lain yang sedia ada yang berkaitan dengan kaedah mokhdar atau kemaskini terkini boleh dipromosikan terus melalui panduan asas “kenali kaedah mokhdar” tersebut dengan lebih dekat lagi…
terutamanya yang berkaitan gundah gulana bahasa inggeris dalam matematik nak kena tukar semula kepada bahasa biasa yang seperti sedia kala. kos pengurusan percetakan akan terus meningkat jika nak kembali kepada asal penggunaannya sebelum ini.
sekejap bahasa inggeris lepas tu nak kembali ke bahasa malaysia pula…. mana satu pilihan yang hendak mereka pilih….?
========================================
Kaedah Mokhdar adalah untuk semua, tak kira bangsa, agama atau negara. Tetapi oleh kerana ia bertunjangkan bahasa Melayu, orang yang bahasa ibundanya adalah bahasa Melayu atau fasih berbahasa Melayu mendapati lebih mudah memahami dan menghayati kaedah ini serta seterusnya menjadikannya sebagai bahasa pemikirannya.
Kaedah juga untuk semua tahap pengajian, sama ada bagi pelajar yang baru lahir, tadika, tahap satu dan dua sekolah rendah, menengah bawah atau atas sekolah menengah, dan seterusnya di pra-universiti atau universiti. Bagaimanapun sekiranya anak-anak yang lahir sejak kecil sentiasa terdedah kepada aktiviti Mokhdar yang dibuat oleh abang kakak dan ibu bapanya, misalnya aktiviti menghafal sifir di dalam sebutan Mokhdar, anak itu tidak perlu lagi mengikuti bengkel pemantapan Mokhdar kerana secara ‘otomatik’ dia bakal memiliki kemahiran mencongak bagi dua digit didarab dengan satu digit semasa berusia lima ke enam tahun, serta mempunyai daya ingatan yang sangat kuat sehinggakan dia mampu menguruskan input-input yang biasanya diajar kepada pelajar tahap dua sekolah menengah malah yang biasanya pelajat menengah rendah dan atas, jika tidak mengamalkan Mokhdar, kurang mampu melakukannya.
Walaupun sejarah perjuangan kaedah Mokhdar bermula dengan aktiviti menghafal sifir untuk anak-anak Mokhtar pada awal 1989 dulu, kajian dan penemuan selanjutnya mendapati bahawa ia bakal meningkatkan daya memori, daya berfikir dan kecepatan berfikir bagi penggunanya. Sekiranya minda seorang anak kecil yang pintar dibudayakan sepenuhnya dengan sebutan Mokhdar, ketika berusia dua tahun, dia telah hafal darab-darab asas hanya dengan mendengar dendangan lagu darab Mokhdar oleh emak ayah atau abang kakaknya ketika dia hendak tidur.
(Bagi pelajar-pelajar yang tidak terdedah budaya penggunaannya sejak kecil, dia perlu mengikuti Bengkel Intensif Kaedah Mokhdar yang diprogramkan bagi menjadikan Mokhdar sebagai budaya pemikiran pelajar, guru, ibu bapa, pekerja atau sebagainya).
Dalam usia dua tahun setengah dia sudah mampu memukau ribuan hadirin dengan kecekapan ‘penguasaan’ darab asasnya. Dalam usia tiga tahun dia sudah mampu menggunakan bahasa yang sempurna bila ditanya soalan berkaitan dengan fakta darab asas. Dalam lingkungan usia enam tahun dia sudah mampu memahami dan menyelesaikan masalah tambah, tolak dan bahagi lantas mampu menjawab sepantas kilat (tanpa perlu kepada kalkulator. Setahun kemudian, dia telah mampu memahami dan menyelesaikan masalah fact and figure di dalam subjek matematik bagi tahap yang jauh lebih tinggi dari usianya, misalnya, perpuluhan, pecahan, pecahan algebra, hukum indeks, trigonometri, persamaan linear, persamaan kuadratik, mengaplikasikan sifir logaritma, menukar rumus menjadi perkara rumus dan sebaliknya, dll.
Dia juga mampu untuk mengingat dengan mudah dan spontan, dan dapat dikekalkan di dalam kotak memorinya bagi jangka waktu yang amat lama. Tulis untuknya fakta-fakta sains, misalnya jarak bumi dan semua planet lain dengan matahari, ukuran diameter matahari dan ukuran diameter semua planet-planetnya, masa yang diambil oleh semua planet untuk mengorbit matahari dan masa yang diambil oleh setiap planet untuk melengkapkan putarannya, semuanya boleh diingatnya dengan mudah.
Beri jadual-jadual mengandungi fakta-fakta biologi seperti tindakbalas kimia dalam respirasi aerob dan anaerob, bilangan kromosom dalam sel somatik dan sel biak dalam organisma bari-bari, bawang, tikus, manusia dan lembu, kandungan serat di dalam buah-buahan tempatan. Dia boleh mengingatnya dengan mudah. Beri jadual-jadual di dalam subjek kimia, seperti jadual berkala, nombor proton, atomic weight, tahap lebur dan tahap didih semua unsur, ketumpatan, konfigurasi elektron dsb., juga boleh diingatnya dengan mudah. Beri formula kimia bagi garam, misalnya, NaCl, CuSo4, Na2Co3, NH4Cl, Mg(NO3)2, CH3COOK, berserta dengan ion-ion positif dan ion-ion negatifnya, semuanya boleh diingat dengan mudah sedangkan pelajar menengah atas, pra-universiti dan universiti, malah seorang professor sekalipun, yang tidak mengamalkan kaedah Mokhdar, mungkin mendapati amat sukar untuk mengingatnya.
Beri seterusnya rumus-rumus di dalam subjek fizik, matematik dan matematik tambahan. Dia mampu mengingatnya dengan begitu mudah dan diabadikan pula di dalam memorinya mungkin untuk selama hayatnya. Malah beri satu model jawapan menyelesaikan masalah matematik tambahan yang rumit, dia mampu mengingatnya dengan mudah dan mampu pula menggunakan model jawapan tersebut sebagai sampel penyelesaian masalahnya bila dia belajar matematik tambahan nanti.
Jika adik sekecil usia tujuh tahun mampu melakukan sedemikian, abang dan kakak di sekolah menengah tentulah dapat melakukannya dengan jauh lebih baik. Bagaimanapun, sebagaimana dinyatakan tadi, sekiranya seseorang itu tidak terdedah dengan penggunaan Mokhdar sejak kecil, dia perlu menghadiri bengkel intensif kaedah Mokhdar bagi menggantikan apa yang tidak dimiliki tersebut.
Hubungi kami O3-60935815; 019-2605162; 017-3973928 atau e-mail mokhtar@five-o-eight.com
=======================================================
maklumat utama website anda boleh perolehi di sini




January 11th, 2008 at 2:04 pm
Tuan,
Sila lawat blog kaedahmokhdar.blogspot.com. dan moredear.com. Terima kasih kerana
komen tuan dan selepas membaca komen tuan, saya terus membina blog dan website
ini. Buku-buku tidak dijual di pasaran kerana (1) banyak dipermainkan oleh pengedar
buku dan kedai-kedai buku (2) ramai yang tidak membeli buku tersebut kerana tak faham,
sepatutnya mereka akan faham selepas mereka baca buku itu.
Hubungi saya di talian 019-2605162; 017-6521730; 03-60935815,
atau datang ke pejabat saya di No 23 & 25 (Gr to 3rd Floor), Jalan Pusat BCH 1/3,
Bandar Country Homes, 48000 Rawang untuk dapatkan buku-buku dan bahan
mengenai kaedah Mokhdar
January 15th, 2008 at 11:57 pm
terima kasih atas keperihatinan saudara membina blog bantuan informasi kaedah mohkdar tersebut. kalo boleh saya mahukan donload borang untuk membuat pesanan secara post…
January 16th, 2008 at 12:20 am
[...] info selanjutnya berkaitan kaedah mokhdar. [...]
January 20th, 2008 at 5:04 pm
Assalamualaikum….
Saya merupakan salah seorang penuntut di IPTA tempatan.Untuk pengetahuan pihak tuan, saya memerlukan profil tuan bagi menyiapkan satu tugasan pada semester ini. Tugasan tersebut adalah berkenaan dengan kajian terhadap tokoh-tokoh pintar cerdas. Bagi menyiapkan tugasan tersebut, saya telah memilih tuan sebagai tokoh yang mahu dijadikan rujukan. Tugasan ini juga menghendaki saya untuk berjumpa dan menemuramah pihak tuan, serta orang terdekat dengan tuan bagi mendapatkan maklumat berkaitan diri tuan. Namun begitu, sebagai persediaan awal saya memerlukan profil diri tuan untuk diajukan kepada pensyarah sebagai tanda persetujuan. Akan tetapi, setelah mencari di internet dan buku rujukan keluaran tuan, saya masih belum menjumpai profil tuan yang selengkapnya. Oleh itu, sekiranya tuan berkeizinan, saya memerlukan kerjasama dan khidmat bantu tuan untuk memberikan saya profil terperinci tentang diri tuan bagi memudahkan saya membuat persetujuan dengan pihak pensyarah. Saya juga berharap pihak tuan dapat mempertimbangkan permohonan saya untuk menemuramah dan menjadikan tuan tokoh pilihan dalam tugasan saya ini. Kerjasama daripada pihak tuan saya dahului dengan ucapan terima kasih. Sekian. Wassalam.
January 20th, 2008 at 5:11 pm
saya memerlukan profil lengkap pelopor kaedah mokhdar ini sebagai rujukan untuk menjalankan tugasan. di mana blh saya dptkn profil tersebut?
January 23rd, 2008 at 8:44 pm
teringat aku masa mula2 masuk dulu aku memang seksa nak hafal lanlanku sampai
nalan map…pa2asyik x dapat jee sampai wa la gan
tapi lepas bengkel aku nih laju pulak sampai sem sem ganu laju lah pulak
n aku boleh jawab soalan congak darab dua n dua digit …
itulah kelebihan belajar kaedah mokhdar nih…………
January 25th, 2008 at 12:09 am
kepada ain sila rujuk blog info mokhdar di sini… http://kaedahmokhdar.blogspot.com/
February 2nd, 2008 at 8:54 am
Minta Khalid email / hubungi saya Mokhtar Hj Mansor 019-2605162 / 03-60935815 untuk profil : usia, tempat lahir, bila ikuti program ini, tempat pengajian / pekerjaan sekarang, gambar terkini dan apa sahaja maklumat yang berkaitan dengan harapan maklumat yang diberi akan dapat membantu anak bangsa melonjakkan prestasi mereka ke tahap optimum. Sesiapa sahaja yang ingin membuat kajian lanjut / tesis dialu-alukan berjumpa saya.
March 8th, 2008 at 3:28 pm
berapa harga sebuah buku kaedah mokhdar?
April 6th, 2008 at 3:25 pm
nama:Muhammad khalid Wan Md Yahya
usia:14
tempat lahir: Hospital Sultanah Aminah j.b.
tarikh program:24/12/2007
sekolah: S.M.K Pasir Gudang 2. pasir gudang.
April 6th, 2008 at 3:28 pm
sapa antar ni izham ke azman atau fendi t.j
May 12th, 2008 at 2:22 pm
assalamualaikum..
terima kasih kerana sudi datang ke sesma pada tempoh hari.teknik tersebut sangat menarik.terima kasih kerana menyebarkan keistimewaan itu kepada kami.
September 12th, 2008 at 9:45 am
ada tak buku yang boleh menghafal kimia?? saya akan exam SPM 2 bulan lagi…sedangkan asas kimia pun tak tahu.. macam mana saya mesti lakukan.. kalau boleh tuan tolong lah saya.. 014-8161721…
December 5th, 2008 at 8:23 am
Assalamualaikum,
saya berminat untuk menghantar anak-anak 6,12,13, dan 16 tahun untuk mempelajari teknik mudah mathematic mokhdar. Adakah kursus ini di tawarkan pada orang ramai,
terima kasih
March 11th, 2009 at 9:20 pm
Alhamdulillah, insyaAllah, anak2 saya akan mengikuti bengkel mokhdar pada cuti sekolah bulan march ini. Saya hantar 3 orang anak saya demi ilmu, demi kejayaan dunia dan kejayaan akhirat.
Saya hairan kenapa pakar bahasa tidak mahu bergabung tenaga dengan pelopor kaedah ini. Adakah mereka irihati lalu menyisihkan beliau keran kuasa yang mereka ada? DBP dok buat apa? Gaji butaka?
April 21st, 2009 at 10:20 pm
Assalamualaikum,….
Sye dulu ada juga msk kaedah mokhdar . btwl kata abg khalid terseksa nk hafal la lan ku smpi wa la lan….. tp skrg keluar je dri mokhdar trus sye hafal dn hfl last2 alhamdullilah lancar… masa ujian penggl 1 sye dpt math B ke A smpi skrg…begi2 jgu ngan sains dri C ke B.
May 8th, 2009 at 3:14 pm
honestly,saya memang kesian dengan Mokhtar Hj,Mansor….tapi saya kesal dengan cara program bengkel yang dicanangkan untuk melahirkan genius2 tu dijalankan,ternyata program ini hanya satu propaganda untuk mengaut keuntungan semata-mata tanpa mengambil kira kualiti perkhidmatan yang diberikan…. ramai parent lain yang mengutuk,mencaci dsbnya….tapi sepanjang proses program dijalankan,saya rasa sangat kecewa….senang cerita,’indah khabar dari rupa’…..oleh itu, saya berharap agar Mokhtar Hj Mansor berhentilah dari terus menipu orang…..
May 11th, 2009 at 12:36 am
Kepada para pembaca yang kasihi…..saya merupakan antara parent yang pernah menghantar anak ke bengkel Mokhdar di Country homes,tapi malangnya ‘indah khabar dari rupa….’kepada yang berminat nak hantar anak kesana,saya nasihatkan tak payahlah….dahlah kosnya mahal,langsung tak setimpal dengan service yang disediakan…..sebelum nak daftar anak..cerita Mokhtar sembang macam bagus dan profesional,tapi orang tua ni kalau tak pernah nak kalah dengan pandangan orang,macam dia sorang aje yang betul,maklumlah….bekas majistret….