Lakaran batu kapur yang menarik
mari kita tengok pulak apa citer dengan lokasi kali ini yang berkaitan dengan batu kapur. formasi yang cukup menarik untuk anda kunjungi…
jadi bagaimana anda boleh ke sana? mari kita jenguk info percutian yang berkaitan :
==========================petikan————————–
INFO
# Keluasan Gua Musang ialah 8,177 kilometer persegi dengan penduduk seramai 90,187 orang.
# Gua Musang adalah bandar dalam jajahan Kelantan dan daerah paling besar di negeri Cik Siti Wan Kembang.
# Gua Musang bermaksud ‘Gua kepada Musang’. Di timur bandar itu terletak Bukit Gua Musang setinggi 105 meter.
# Gua Musang di utara adalah pintu masuk ke Taman Negara di Kuala Koh. Hutan hujan tropika yang belum diteroka sepenuhnya itu adalah antara yang tertua di dunia.
# Gua Musang dikelilingi gua dan bukit batu kapur yang popular di kalangan pelancong terutama pendaki.
# Kuil Buddha di Pulai dikatakan berusia 400 tahun.
# Bagi peminat rakit, Sungai Nenggiri adalah destinasi paling popular bagi pengemar sukan air. Setiap tahun diadakan Cabaran Nenggiri.
# Kesan sejarah boleh ditemui di sekitar gua termasuk Gua Cha, Chawan dan Jaya yang berhampiran dengan sungai.
# Gua Musang juga menyediakan peluang bagi peminat burung (bird watching) dan aktiviti berlayar menyusuri sungai bermula dari Kuala Krai hingga bandar Dabong.
# Di Kedasar Inn di bandar lama Gua Musang, anda boleh membuat lawatan ke lombong emas, taman rusa dan taman botani.
# Kemudahan perkhemahan disediakan termasuk program untuk remaja.
# Bagi penginapan anda boleh memilih konsep homestay di Kampung Renok Baru yang menawarkan percutian ala kampung yang menjanjikan pengalaman yang tidak mudah dilupakan.
# Cuba menginap di homestay ketika musim buah-buahan, anda akan menikmati pelbagai buah-buahan termasuk rambutan, durian, langsat dan manggis.
# Untuk penginapan ala homestay, anda boleh menghubungi pejabat Kesedar di talian 09-9121788 atau e-mel: kesedar@tm.net.my
BAGAIMANA KE SANA
Jika anda dari Kuala Lumpur, perkhidmatan bas dari stesen Hentian Putra Kuala Lumpur (bersebelahan Pusat Dagangan Dunia Putra) menyediakan perkhidmatan setiap hari di antara jam 9 pagi hingga 9.30 malam.
Durasi perjalanan dari Kuala Lumpur ke Gua Musang mengambil masa empat jam 30 minit dan tiket boleh dibeli dengan harga RNM26.10.
========================petikan—————–
marilah kita bersiap sedia untuk memulakan perjalanan ke sana. tidak ada ruginya meluangkan sedikit masa untuk berehat seketika setelah penat bekerja seharian.
sekian terima kasih.
ada lokasi yang menarik perhatian untuk anda jelajah. sila ke sana dengan segera.





Leave a Reply